Drama Bougainvillea Episod Terbaru


Saksikan Drama Bougainvillea yang ditayangkan di slot Samarinda TV3 selama 15 episod bermula 28 Disember 2020, Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Juga boleh ditonton stream di aplikasi iQiyi dan website www.iq.com.

Drama ini terbitan Sha's Media Sdn Bhd, skrip Lynnda Sharudin, idea asal Raja Azidah dan arahan pengarah Ayie Mustafa.

Para Pelakon

Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah.


Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15

Watak Lakonan

Beto Kusyairy sebagai Adrian
Nora Danish sebagai Mimie
Intan Ladyana sebagai Aryanna
Hanna Aqeela sebagai Hazira
Ameerul Asyraf sebagai Ali
Jasper Supayah sebagai Ilyana
Ziema Din sebagai Bibah (Mak Ngah)
Kirana Batrisyia sebagai Alisha
Mior Darwish sebagai Azief

Lagu Tema/OST

Boneka - Ernie Zakri

Sinopsis Drama Bougainvillea

Kehidupan Aryanna dan Adrian yang bahagia bersama anak-anaknya di sebalik kesibukan Adrian terhadap kerjayanya. Adrian seorang workaholic namun Aryanna sangat memahami kesibukan Adrian biarpun adakala dia terasa hati dengan Adrian. Bibah dan Mimie tinggal di sebuah rumah kampung. Mimie selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya, dan Bibah sentiasa beri sokongan.

Mimie sangat mengagumi keuarga Adrian dan Aryanna. Hazira sangat rapat dengan keluarga Adrian dan Aryanna dan dia bebas untuk keluar masuk rumah pasangan itu, dan turut rapat dengan anak-anak mereka.

Perkahwinan bahagia Adrian dan Aryanna diuji ketika Aryanna mengalami kemalangan tragis dan koma. Adrian kemudian mengambil Mimie sebagai jururawat peribadi untuk menjaga Aryanna. Mimie menjaga dan menguruskan keperluan Aryanna dengan baik malah selalu membantu Mak Leha. Sikap Mimie begitu menyenangkan Adrian.

Segala-galanya berubah apabila Mimie mula cemburu dan obses pada Adrian dan berangan untuk menjadi Aryanna. Mereka ditangkap khalwat dan perlu berkahwin tetapi Adrian masih mencintai Aryanna. Mimie mencari jalan untuk memisahkan mereka. Suatu hari, Aryanna bangun dari komanya dan berpura-pura hilang ingatan setelah dia mengetahui tingkah laku Mimie yang obsesif.
Drama Bougainvillea

Comments