Drama The Maid Episod Terbaru

Saksikan drama The Maid bergenre komedi thriller diarahkan oleh Hemli Yusof. Mula ditayangkan pada 6 Januari 2021, setiap hari Rabu jam 9 malam di Astro Ria. Drama ini bersiaran 10 episod dan merupakan terbitan Juita Viden Sdn bhd.

Para Pelakon

Norman Hakim, Sherry Al Hadad, Mira Filzah, Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Siti Khadijah Halim, Zarina Zainoordin, Isha Norsham, Nadya Syahera, Ieda Moin.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12

Sinopsis Drama The Maid

Mengisahkan Suhana, Nadia, Fika dan Elisa yang merupakan isteri kepada seorang jutawan terkenal, Jay. Hubungan keempat-empat isteri ini pada luarannya nampak baik tetapi sebenarnya mereka sering bermusuhan.

Jay seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jay dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri-isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang di sebalik kematian Elisa?
Drama The Maid

Comments