Drama Projek Anchor SPM Episod Terbaru

Drama Projek Anchor SPM
Saksikan drama bertajuk Projek Anchor SPM yang bersiaran 8 episod bermula 15 Mac hingga 3 Mei 2021, setiap Isnin jam 9 malam di Astro Citra dan stream Astro GO dan On Demand.

Drama arahan bersama Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf, skrip Anwari Ashraf dan terbitan Alpha47 Films, Astro Shaw.

Para Pelakon

Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Nadhir Nasar, Chubb-E, Adlin Aman, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Susan Lankester, Fadhli Masoot , Taufiq Izmir, Danish Hazriq.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8

Sinopsis Projek Anchor SPM

Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.

Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.

Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.

Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.

Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.




Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Alamak, episod 7 jadi episod 8 🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete

Post a Comment