Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Episod Terbaru


Tonton drama terbaru adaptasi novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria bermula 23 Mac 2021. Drama bersiri 40 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan Along Kamaludin, terbitan SR One Sdn Bhd.

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Fizo Omar, Marsha Milan, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Noorkhiriah, Balkisyh Semundur Khan, Ikhlas Jalil, Norreen Iman, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain, Farez Ridzwan, Fareez Fauzi, Silfeny Osman, Puteri Rafasya.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28
Episod 29 Episod 30 Episod 31 Episod 32
Episod 33 Episod 34 Episod 35 Episod 36
Episod 37 Episod 38 Episod 39 Episod 40
Episod 41 Episod 42 Episod 43 Episod 44
Episod 45 Episod 46 Episod 47 Episod 48

Watak Lakonan

Shukri Yahaya sebagai Nazril Nazim
Uqasha Senrose sebagai Kasih Maisara
Fizo Omar sebagai Aidil
Marsha Milan sebagai Nurul Huda
Khairil Anwar Aman sebagai Datuk Raqib
Aida Khalida sebagai Puan Norida
Ikhlas Jalil sebagai Izudin
Norreen Iman sebagai Qistina
Fiza Thomas sebagai Sally
Fauzi Nawawi sebagai Kasim
Aleza Shadan sebagai Esah

Sinopsis Rindu Awak Separuh Nyawa

Mengisahkan anak tunggal dalam keluarga berada, iaitu Kasih Maisara yang memiliki sikap angkuh dan sombong serta berdendam dengan ayahnya, Datuk Raqib atas kematian ibunya sehingga menjadikan anak rakan baik orang tuanya, Aidil, sebagai kambing hitam untuk melepaskan dendamnya.

Maisara berpura-pura menyukai Aidil tetapi apabila tiba majlis pertunangan, gadis itu membatalkannya sehingga mengecewakan lelaki berkenaan. Namun, Aidil yang kecewa masih menyimpan perasaan demi kasihnya berkenaan.

Pada masa sama, Qistina satu-satunya kawan yang bertahan dengan Maisara, mengambil kesempatan di atas kekayaan itu untuk kepentingan diri tetapi pertemuan tanpa diduga dengan Nazril Nazim, membuka tirai baharu dalam hidup.

Nazril Nazim mendapat jolokan 'Pak Ustaz' atas sifat budiman dan pemalu itu, mengalami insiden yang menemukannya dengan Maisara hingga mencetuskan perang mulut, lalu mencabar keegoan gadis berkenaan.

Insiden itu membawa kepada peristiwa dramatik apabila Maisara dicabar oleh musuhnya, Salina bersama rakan-rakannya untuk memikat dan mengahwini Nazril Nazim.

Lantas segala usaha memikat diatur. Namun semuanya tidak mampu menawan hati Nazril. Kemuncaknya, Kasih Maisara menyelamatkan Nazril Nazim dari dilanggar dan dia mengalami kecelakaan. 

Bila mengetahui Kasih Maisara tidak dapat mengandung kesan kemalangan itu, Nazril Nazim terus mengambil keputusan untuk memperisterikan Kasih Maisara dengan tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura.
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Comments

Post a Comment