Drama Ramadan Pertama Edi Episod Terbaru

Drama Ramadan Pertama Edi
Saksikan drama Ramadan Pertama Edi yang akan disiarkan di Astro Ria bermula 30 Mac 2021, setiap Rabu jam 9.30 malam. Seperti biasa juga boleh stream di Astro Go dan On Demand.

Drama arahan Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali ini ditayangkan 8 episod dan merupakan terbitan Astro Gempak.

Para Pelakon

Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Haji Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Lisa Surihani, Raja Azura.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7

Sinopsis Drama Ramadan Pertama Edi

Pasangan pengantin baru, Edi dan Nad akan menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami isteri. di rumah bapa mertuanya, Pak Sobri yang garang orangnya tapi banyak situasi berlaku dan rahsia yang terungkai sewaktu dia di sana. Dapatkah Edi memikat hati bapa mertuanya.

Mengisahkan tentang Edi (Redza Rosli) dan Nad (Mimi Lana). Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Comments