Drama Masih Ada Rindu Episod Terbaru

Drama Masih Ada Rindu
Tonton drama bersiri Masih Ada Rindu adaptasi dari novel karya Mimie Afinie di slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Juga boleh ditonton diplatform WeTV.

Diarahkan oelh Osman Ali, skrip Naza Manas dan terbitan Nuansa Sdn Bhd.

Para Pelakon

Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6 Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10 Episod 11 Episod 12
Episod 13 Episod 14 Episod 15 Episod 16
Episod 17 Episod 18 Episod 19 Episod 20
Episod 21 Episod 22 Episod 23 Episod 24
Episod 25 Episod 26 Episod 27 Episod 28

Watak Lakonan

Farid kamil sebagai Hadi/Hakim
Mimi Lana sebagai Nurul Syafika
Halim Radzi sebagai Imran
Dayang Areeda sebagai Nasya
Kuna Muzani sebagai Hajah Noraini
Aleza Shadan sebagai Zaleha
Rahim Jailani sebagai Saifuddin
Aishah Ilias sebagai Syazwani
Fahmi Reza sebagai Badrul
Sri Idrina sebagai Rafidah

Lagu Tema/OST

Nada Kalbu - Aina Abdul
Nukilanku - Aisha Retno
Cinta - Marsha Milan

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah mereka mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua.

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam.

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Comments

Post a Comment